Monday 10 October 2016

adab bertegur

sekali lagi. demi masa. sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenarandan saling menasihati untuk kesabaran.

apabila bertegur kenalah ada caranya. bukan terus PANG orang jadi merah pipi. maklumlah menegur gunakan tangan kalau kurang mampu gunakan lisan dan kalau paling kurang mampu menggunakan hati. sudahnya, orang pun menegur pakai tangan literally. kena paham isi tersirat dan bukan hanya tersurat sahaja. menggunakan tangan bermaksud menegur melalui perbuatan, kuasa bagi mereka yang mampu. mmmm aku pun x tahu sangat pasal menegur pakai tangan ni sebenarnya hahaha.

menegur menggunakan perbuatan ni tak ramai yang mampu buat tapi ada je yang buat. ada yang menegur dengan cara mengimitasi tingkah laku pesalah kepada pesalah itu sendiri. macam api dibalas api la ni. cara ni boleh la berkesan tapi tak semua orang boleh terima. sesetengah orang boleh la terasa apa yang orang buat kat dia dan mungkin dia akan sedar apa yang dia buat selama ni salah tapi ada juga orang yang tak perasan langsung. jadi, mesej pun x tersampai. lebih teruk kalau dia beranggapan yang orang lain pun buat juga maka apa yang dia buat tu tak salah. akhirnya, perbuatan yang nak jadi teguran menguatkan lagi perbuatan yang salah. lagi satu, pada aku cara menegur ini tidak betul kerana orang buat salah kepada kita tak bermaksud kita boleh buat salah terhadap orang tu balik. kalau nak menunjuk sebabgai contoh boleh la tapi mestilah datang bersama teguran secara lisan. kalau senyap je biasa memang takkan jalan punya la. lagi satu aku da cuba cara ni banyak kali sebab malas nak tegur depan2 dan biasanya memang tak menjadi. kene tegur depan2 juga.

lagi satu menegur pakai lisan ni. ingat lidah tu tu boleh jadi lebih tajam dari pedang. apabila bertegur pakai mulut ni jangan lah terus jerkah ataupun herdik/hina orang yang salah tu. tegur lah dengan nada dan budi yang baik. bukannya cakap berlapik sarkasme dan sinis juga. silap hari bulan, orang yang ditegur tu kena tegur balik tak pun kena pang dengan orang yang kena tegur pulak lagi lagi kalau orang yang ditegur tu orang tua. orang tua ni biasa pantang kena tegur. egonya tinggi.

kalau nak menegur orang ke arah kebaikan ada caranya bukan lah sentiasa keras dan bukan lah sentiasa lembut. kalau salah caranya orang takkan ikut ke arah kebaikan malah boleh jadi orang lebih menjauhi kita. bertegurlah secara berhemat dan saling mengingati kearah kebaikan.

and once again my attempt to write in malay sucks. lots of words appear in english and i dont know on how to make the sentence right in malay. dont want it to be formal yet not too pasar. ughhh

2 comments:

  1. so malas nk baca when u type in malay. lol :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. oit lol have to practice la. if i can write in chinese or other language id have tried that too.

      Delete