Friday, 10 August 2012

story: cikgu yang kubenci

semasa aku dalam darjah 5  cikgu aku ada suruh tulis esei mengenai cikgu yang aku suka atau aku benci. tak kira sesiapa la. maka kitorang pon tulis la esei dalam masa 40 minit untuk dihantar bila kelas habis. alkisah semua orang tulis pasal cikgu yang digemari atau disayangi tetapi aku seorang je tulis pasal cikgu yang kubenci. aku tulis pasal cikgu bm aku. aku kutuk-kutuk die dalam esei tu pastu hantar kat die bagi dia semak. cikgu aku bila baca esei tu terus tergelak besar dalam kelas sebab aku berani tulis pasal dia. aku buat selamba je sebab dia yang suruh tulis.

aku tulis esei tu pasal masa tu aku ada banyak masalah dengan cikgu bm aku. memang ade je benda yang aku buat membuatkan dia menyirap dan sebaliknya. oh x lupa kena tengking tu da leh jadi asam garam dalam kelas bm. makan penampar pun ada gak. yang tu x sedap sebab masa tu tangan orang dewasa sama besar dengan kepala aku. jadi bila kena tampar tu memang berpusing la kepala. haha masa kecik2 lantang jugak aku bersuara. tu yang boleh gaduh ngan cikgu. sekarang dah malas buat tak kisah je. ohya dan esei tu telah dilaminatekan... haha

a random pic just to try other tools instead of using just brush.
dont remember when i drew it

2 comments: